Live Life to the FULLEST..!!!






         Life is an adventure….. Seize each moment and make it your own ^_^

May 11, 2008

selamat hari ibu..buat pn saodah samsudin..

Filed under: Uncategorized — suez1505 @ 8:34 pm

semalam, 11hb. mei, 2008..adalah satu tarikh yg seluruh dunia tau.. iaitu hari ibu.. (betul ke satu dunia??)

whatever laa. as all ppl now, itu mmg adalah tarikhnya. aku, personally, mmg tak penah meraikan hari ibu..hatta buat kad sekalipun kat mak…(terukkan!!). tapi, jauh di dalam hati aku, mak..u mean worlds to me. aku adalah sebahagian dari mak aku. takde mak.. xdela den kat dunia ni wehh!!

smlm, buat pertama kalinya dalam hidup aku ni.. aku sebut selamat hari ibu kat mak.. masa mak tgh terlantar kat katil spital. mak dah sebulan kat hukm. sebelum ni, 6 hari di ICU. aku nampak mak bergenang air mata.. agaknye, dok terpk.. awatlaa teruknya anak aku ni, skarang baru nk cakap..hehehe. tapi, walaupun aku mmg tak penah ucap sebelum ni, tapi, mak mmg di hati aku. aku sanggup utk ketepikan soal berkawin, kerana nak beri fokus pd mak. biarlah dulu.. laki boleh dicari. mak aku.. itu la sorang dunia akhirat. aku nak jaga mak dulu.. biar bagi mak bebetul stable, baru la bole pk ttg diri sendiri.

sepanjang menjaga mak di spital, byk yg aku pelajari dan boleh diamik  teladan. kekadang tu, sebak jugak rasanye. paling menyentuh hati, melihatkan kasih sayang abah aku pada isterinya..(mak aku ler). begitu kasihnya abah pada mak tu. kalau nak tau…bapak aku garang tau. tapi, jauh disudut hatinya.. mmg dia teramat sayangkan isteri. sanggup salin pampers, basuh kencing berak mak.. yg dah terdaya nk buat sendiri. aku tak malu nk tulis semua ni. jarang kita dgr, suami menjaga isteri yg sakit teruk. biasanye, kita mendgr isteri yg menjaga suami yg sakit. abah sanggup buat apa sahaja utk menyenangkan dan memberi kemudahan pada diri mak. dan alhamudillah…rezeki abah pun murah, dan boleh beri kesenangan pada mak. kekadang tu, terpk jugak diri aku ni, esok lusa kalau aku sakit ke.. nak ke suami aku menjaga aku..seperti mana abah menjaga mak. disebalik kasih sayang abah pada mak.. aku jugak tgk, suami yg mengabaikan isterinya sakit.. sampai isteri dia meninggal dunia. hanya mak dia aje yg menemani. lelaki dia mmg hampeh… aku salute pada kasih sayang seorang ibu.. yg sanggup dtg dr jengka pahang, dan menemani anak dia yg sakit sehingga ke nafas yg terakhir. cuma, aku agak terkilan kerana tak sempat jumpa dgn makcik eton. semoga makcik eton tabah dalam menghadapi dugaan tuhan ini. ada juga anak2 yg mengabaikan mak yg sakit. aduhaii…sedih betul aku tgk laa. kekadang bila pandang wajah lesu mak.. aku bercakap dlm hati… "mak, selagi nyawa kita dikandung badan, kita akan jaga mak…". menurut doktor, bila org sakit ni, dia perlukan sokongan ahli keluarga utk sihat. kalau diabaikan, mmg dr segi moral dalaman akan low..dan makin lama..makin teruk. kena lak kalau org tua.. will spirit tu dah kurang. walaupun masa mak kat ICU, aku sampai kene marah ngan guard tu.. sbb asik nak masuk je. kekadang tu.. nak aje jerit kat muka dia. tapi, paham.. dia menjalankan tugas dia..hehehe.

byk yg aku pelajari sepanjang berada kat spital. dari situlah, aku menghargai kasih sayang yg ada di dalam keluarga aku. ape pun yg terjadi mak dan abah adalah no satu di dalam diri aku. kepada mak, kita sentiasa doakan kesejahteraan mak dunia dan akhirat.. kita mmg harap mak boleh keluar dr spital dan balik rumah. kita tau, mak bosan dok spital tu. kepada abah.. kita nak ucapkan terima kasih kerana menjaga mak dgn begitu sempurna sekali. kasih sayang abah pada mak adalah abadi…kita sayang mak dan abah…



2 Comments »

  1. su….
    sedey la aku….ingat kat mak aku di kg…. ape2 hal… kasih ibu bawa ke syurga… restu ibu bapa bawa kita bahagia…..

      aimarahimah — June 10, 2008 @ 3:15 am

  2. Mak telah pergi meninggalkan dunia ni…pergi membawa sakit yang ditanggung selama 3 tahun…
    Ya Allah, Kau tempat ibuku bersama-sama org Soleh & Beriman dan Kau cucurilah rahmat & kasih sayangMu pd arwah ibuku…Al-Fatihah…

      SuE — June 21, 2008 @ 6:30 pm

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment